Thursday, June 11, 2009

Rumah Mangsa Ribut Masai

Sedih bila mengenangkan bumbung rumah rosak teruk akibat diterbangkan angin kerana ribut. Kesusahan dan keperitan yang dilalui Puan Noraini amat menghibakan hati tatkala hilang tempat berteduh dari panas terik matahari dan hujan. Mempunyai seramai 5 orang anak dan salah seorang adalah pesakit buah pinggang. Dek kerana tidak mampu, anak bongsu beliau yang sakit, telah dihantar tinggal bersama anak perempuannya. Anak-anak yang lain tidak menghiraukan Puan Noraini malah telah menghalau ibunya sendiri setelah habis harta dikikis. Puan Noraini adalah seorang ibu tunggal yang tinggal seorang diri tanpa sebarang pendapatan dan hanya mengharap belas ikhsan adik beradik tiri yang lain. Atas keprihatinan Pihak Biro, UMNO Bahagian Pasir Gudang telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Masai pada 26hb Mei 2009. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Adun Permas, Yb MM Samy. Turut hadir sama Ketua Puteri Bahagian Pasir Gudang, Cik Raja Norashikin Binti Hj Raja Ali. Hasil usahasama Biro Kebajikan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Pemuda Cawangan Masai gotong royong telah diadakan keesokan harinya untuk membaiki bumbung rumah Puan Noraini. Walaupun hujan turun agak lebat pada sebelah tengahari, pemuda-pemuda begitu gigih meneruskan kerja membaikpulih.