Wednesday, June 10, 2009

Susah tapi cemerlang


Puan Rohaidah tinggal di Jalan Meranti, Taman Rinting. Walaupun kakinya kudung akibat kencing manis tetapi kecekalan hatinya membesarkan anak-anak wajar dicontohi. Hampir kesemua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang, sumbangan diberikan bagi meringankan bebanan pesakit ini membeli ubat-ubatan. Tn. Hj Rozlan selaku Pengerusi Biro Kebajikan amat berbesar hati menyampaikan sumbangan tersebut tanda keprihatinan Parlimen Pasir Gudang bagi mewakili Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Hj Nordin.

Baikpulih Rumah Prokhas Sdn. Bhd



Syukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurnianya, 4 biji rumah telah siap daripada 22 biji rumah yang telah lulus. Sumbangan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi telah dijayakan dan diusahakan sebaik mungkin oleh Syarikat Prokhas Sdn. Bhd. Di bawah pimpinan En. Azlan selaku pengurus, Parlimen Pasir Gudang amat bertuah kerana telah dipilih untuk turut sama menerima sumbangan dan peruntukan sebanyak RM5000-RM10,000 setiap rumah untuk di baikpulih daripada kerajaan persekutuan. Semoga sumbangan yang diberikan ini mampu mengurangkan lagi bebanan keluarga lebih-lebih lagi di dalam menghadapi kemeseletan ekonomi. Keselesaan dan kemudahan tempat tinggal yang sempurna amat penting terutama untuk mencorak keperibadian, tanggungjawab dan pendidikan bagi anak-anak serta seisi keluarga.